- Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem ketahanan badan menjadi celaru.Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.“Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).
- Kemunculan ruam yang dinamakan malar rash atau butterfly rash yang berbentuk kupu-kupu di muka atau bahagian-bahagian tubuh yang lain termasuk di leher, telinga dan kepala.
- Kebanyakan penghidap SLE berada dalam lingkungan umur di antara 15 tahun hingga 50 tahun. Penyakit ini bagaimanapun boleh menyerang tatkala pesakit mencapai usia akil baligh. Lebih kurang 90 peratusia penghidap SLE ialah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan hormon estrogen
Petanda first yg cousin aq dapat ialah sakit sendi.Ialah lah kan,kalu hok2 biase mesti kita ingatkan sakit sendi biasa je.Jadi umi nye sapu la minyak,urut2 sikit.Tapi malangnya keadaan still sama,jadi parentnye anto le gi berurut.Kdaan dy still n bertambah teruk sampai la satu hari badan dia cramp.Parentnye troz antar pi hospital dan ingatkan penyakit biasa tapi bila check lagi sekali baru la tau yang cousin aq nie penghidap SLE.UNFORTUNELY kan :"(
So,time aq and family pi k.l . Kiteorang pun g la melawat adik beradik si sakit tu.Try hepi2 kan dyeorang suma supaya dpt relax2 sekejap.Few picture yg aq sempat ambil
Gaya Hidup
* Dinasihatkan menggunakan krim pelindung cahaya matahari (mengandungi SPF sekurang-kurangnya 45)
* Gunakan payung, topi atau pakai baju lengan panjang untuk mengelakkan terkena
cahaya matahari yang berlebihan.
Ubat
* Sila ikut arahan doktor
* Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor
* Jangan campur ubat anda dengan ubat yang tidak diketahui asal-usulnya
Ini adalah untuk mengelakkan interaksi yang tidak diingini antara ubat.
Rawatan susulan
* Berjumpa doktor sebagai mana yang telah ditetapkan.
* Patuhi arahan doktor.
Tekanan
* Cuba elakkan tekanan kerana ia akan mengakibatkan penyakit menjadi aktif.
* Sentiasa berfikiran positif.
Diet
* Kenalpasti makanan yang sesuai dengan sistem individu anda
* Amalkan diet yang seimbang dan sihat
* Pastikan diet anda rendah garam, rendah lemak, rendah gula dan mengandungi kalsium dan Vitamin D yang mencukupi.
For more information Korang boleh klik pada PSLEM WEBSITE.HARAP MEMBANTU :) dan jangan keberatan untuk mendoakan pesakit2 SLE nie dapat menemui penawarnye
info baru nie :) Tq shared . tak pernah tahu pun pasal nie . ouhh btw , hope dia cepat sembuh ye . Amin .
ReplyDeleteamin...harapnyer gitu lah :)
DeleteILMU ITU HARUS DIKONGSI KAN ?
haha..bgus c-lah..bleh jdi doktor la pas nie yew..
ReplyDeleteAMIN... :)
Delete