KLIK LA SINI :)

Pages

Sunday 10 June 2012

PENGUMUMAN!

ASSALAMUALAIKUM BLOGGERS SEMUA

DISEBABKAN ESOK SUDAH BERMULANYE SESI PERSEKOLAHAN.

SEGALA AKTIVITI DALAM BLOG INI AKAN DIHENTIKAN SECARA SEMENTARA

BERMULA HARI ISNIN-JUMAAT

BLOG INI AKAN BERFUNGSI SEPENUHNYA HARI SABTU DAN AHAD

JIKA MEMERLUKAN APA-APA BANTUAN(FOLLOW O HAPE2 JE LA)

TULISKAN PERMINTAAN KAT CBOX AQ YER :)

TU PUN KALAU CBOX TU TAK SAWAN.HEHE

P.S:nak join SAYS,KLIK SINI>>>>> ^_^
tapi kalu taknak join,klik je la...buat amal jariah kan tak salah.hehe

Saturday 9 June 2012

KISAH DISEBALIK BAHTERA NABI NUH A.S

POKOK NIKMAT

ASSALAMUALAIKUM..
Kisah Bahtera Nabi Nuh a.s mengajar umat manusia supaya tidak sekali-kali ingkar akan perintah Allah s.w.t.
Malahan Allah s.w.t telah menjanjikan balasan di dunia dan di akhirat bagi sesiapa yang tetap kufur akan perintahnya.

Mesti korang sudah tahu ttg cerita Nabi Nuh a.s ni kan.Tipulah kalu hangpa kata tak.Time kita sume dok jual muka cumel-cumel macam anak orang korea kat tadika dulu,kan cekgu2 kat sana minat bebenor mnceritakan kisah-kisah para nabi.Tak kan tak ingat kut.Time tu salahsatu cerita yang aq minat ialah kisah "BAHTERA NABI NUH A.S" ni lah.

Kalu korang beli n baca akhbar Rona hari ni(ala,sisipan berita mingguan tu la)mesti korang dah dpt agk pe yg dimaksudkan dgn pokok nikmat.Tapi bg yang tak,,,tak pa,tak pa jgn stress sampai nak hantuk kepala kt dinding.Aq akn cuba mngolah balik 1001 kisah di sebalik tajuk pokok nikmat ni a.k.aTERAS BAHTERA NABI NUH.
FAKTA#:Dr henri Coanda pernah membuat kajian bagi merekodkan purata umur yang terpanjang di dunia dan hasilnya:
  1. suku kaum di Peru
  2. Ecuador
  3. Georgia
  4. Mongolia
  5. Lembah Hunza di Bnajaran Karakoram,Pakistan
Dan dalam banyak2 senarai ni Kaum Hunza lah yg terletak di senarai paling atas iaitu purata umur antara 100-140(hampir separuh lebih daripada umo mnusia biasa).Jadi dok selidik punya selidik,barulah saintis dpt mncari sbb yg konkrit.Alasan utamanya ialah Kaum Hunza mndapat sumber air utama dari telaga dan mata air glasier.Akar daripada pokok Pine Cypress n getah mnjalar masuk dan jatuh dalam sumbaer air mereka.Kadangkala tu,ada pula daun ataupun buah-buahan yg jatuh dan menjadi sebati dalam air diorang.Haaaa,jadi korang dah tahu kan bahawa pokok Pine Cypress ni lah penyebab utama umor dyeorang panjang(nikmat allah kan).Yang paling bestnyer,dikatakan getah pokok ni boleh dijadikan ubat dan dapat menyembuhkan semua penyakit.Jadi moh le kite pi tanam ye!
Haaaaa,lupe pulok nak bagitau,pokok ni banyak tumbuh di kawasan banjaran gunung je dan yg beriklim sejuk serta kdaan kawasan yg berpaya dan berbecak.Kalu siapa2 rasa keadaan dan kdudukan rumah korang cam gitu.Amat-amatlah dialukan utk di tanam.(Bile da besor nnti cntct aq,aq na pi ambik ckit..Heee~)

Pokok Pain Cypress ni adlh pokok di mana kayunya digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh a.s."Riwayat menyatakan benih pokok yg diturunkan Allah s.w.t utk digunakan Nabi Nuh a.s bagi membuat bahtera datangnya daripada syurga.Masyallah,tengoklah..bukan calang-calang orang blh dpt nikmat allah ni."Kalau korang ttp tak caya,tak pa..kajian saintifik juga mmbuktikan pokok Pine Cypress mmpunyai persamaan genetik 98% apabila di bandingkan dgn tinggalan bahtera Nabi Nuh a.s
*pokok pain cypress
Kalu kita pikiq secara logik la,time banjir besar tu...Mesti haiwan dgn manusia dok sekali dalam bahtera tu kan.Jadi makan,minum dan buang saham pun mesti lah kat situ juga.Jadi kiranya mesti timbul bau-bau yg tak menyenangkan dan senang dijangkiti kuman dan penyakit.Tapi disebabkan mnggunakan pokok Pain Cypress ni,ia mnyerap segala bauan dan membunuh kuman-kuman bg memastikkan pnghuni di dlm ny dapat hidup dgn harmoni..Kehebatan pokok ni hangpa mmg tak leh nak sangkal lagi.


Tapi yang tak bestnyer,kalu korang nak tahu.Saintis-saintis barat dah lama buat kajian tentang pokok Pain Cypress ni dan hasil kajian tu dyeorg tu tidak didedahkan secara telus.Nampak tak taktik dyeorang.Namun nasib baiklah saintis-saintis islam mampu merungkai teka-teki yg ditinggalkan oleh saintis-saintis Barat ni dan menghasilakan penemuan baru yg khasnya akan membantu penghidap kanser..Aq attachkan sekali sisipan drpada BM(Berita Mingguan)
P/S:Kalu terase nak join SAYS,juz klik>>>>>>>SINI!
BUKTIKAN ANDA BENCI AKAN PENYELUDUPAN TELUR PENYU DENGAN KLIK>>>SINI
BELI FRAME BERJENAMA YG BERKUALITI TINGGI DISINI>>>> HiShopBaroque

Thursday 7 June 2012

TANYA SAHAJALAH ENCIK KUNING

Assalamualaikum blogger sekalian.
Hari ni merupakan hari yang bosan terlajak-lajak bagi aq.
Tambah -tambah membosankan citer-citer kat tb pun tak putus2 berusaha menayangkan citer yang ntah benda-benda bagi aq.
Rasanya kehadiran astro pun tak mmbwa apa-apa kelebihan.
Lebih baik la aq suroh mak aq langgan channel tb1,tb2,dan tb3 je
Jimat pun jimat.
TAPI !
Kebosanan aq berubah secara drastiknyer bila dok melayan benda kuning ni.
Namanyer trpaksa dirahsiakan bg mengelak kontroversi.HEHE
Walaupewpun,tak membazir la segala keperitan aq dok mnghadap internet.
Sebab tanpa disangka terjumpa benda KUNING ni
Diperkenalkan......
ENCIK KUNING...!

Jum layan conversation(Waaaa,speaking london)antara aq dengan Encik KUNING ni :)
















So amacam?
TERhiburkan?
Sekurangnye walaupun brcakap dgn robot,stress kita ni akan beransur-ansur hilang
Eventually,nak bergosip pun boleh taw..
Tapi dosa tanggung sendiri k :p
Tak sia-sia berborak dengan ko yer ENCIK KUNING.
Haaaa,lagistu kalu korang nak taw kenape wane dia kuning.
Sebab Encik Kuning ni suka Bersih 3.0(acah jaa,Encik kuning kan kuat loyar buruk)


P/S:Pasai Fasha Sanda tu den melawok jaa..Hang toksoh trase naa.Kan hang dok bunting skrng ni(dgn tiba-tiba semangat loghat pulau pinag+N9 dtg menjelma)




















Wednesday 6 June 2012

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Assalamualaikum rakan-rakan blogger sekalian.
Sedangku dok sibuk mengode-ngode laman sesawang iLuvislam
Tiba-tiba aq terpana,takjub dan timbul perasaan yg tenag sangat ketika membaca hasil karya
Sungguh spontan dan klise sekali tika membaca kasil penulisan nya.Menyindir melalui sentuhan yg paling halus sekali tanpa disedari.
Masyaallah
Bukan suma insan yg mampu membuat sedemikian.

Yang paling menyentuh jiwa remajaku tika aq mmbaca artikel bertajuk
Sungguh klise tajuknya tapi amat mantap isi kandungan nya.

Artikel ni banyak menerangkan mentaliti wanita sekarang atas nama kecantikkan
Aq tak perlu merewang jauh.
Cukup hanya mengambil contoh sikap remaja2 sekarang.
Majoriti sahabat2 aq ni sudah dan sedang melalui zaman remaja yg sangat mencabarkan.
Pernahkah terdetik dalam hati kita "kenapalah takdek sape minat aq?,aq ni tak cantik kah?badan aq ni takde potongan ke?
"Kenapa **** and the geng bijak memancing perhatian sang teruna"
"Nampak sangatlah aq ni kolot,bodoh,dan jauh kebelakang"
Hahaha
Nampak tak permainan syaitan.
Cuba memancing kita utk turut serta mengamalkan fesyen extreme
Yang menjauhkan diri daripada mendapat rahmat allah,Mendekatkan hati menerima kemurkaan Allah s.w.t
Masyaallah..sungguh bijak syaitan mengaturkan gerak langkannya.
Cuba berhenti sekejap daripada dok memikir hal duniawi.
Pikirkan cara hidup kita wahai si dara..
Waima pun di Malaysia ni kerajaan mewajibkan pelajar2 memakai pakaian uniform yg semestinya menutup aurat.
Tapi sejauh mana aurat kita ditutup.
Dengan cara Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan.
Itu tak kira lagi dengan berapa banyak gelen bedak talkum yg dia dok beria tampal kat muka.
Beg pun mesti ada brand punya walaupun duit dalam purse tinggal KOSONG RINGGIT MALAYSIA.
Haha..
Kadang-kadang tu mau tergelak jugak bila lama aq perhatikan tapi timbul pula perasaan serba salah dlm hati.
SAHABAT,pakai bedak tu tak salah, bergaya juga tidak ada yang salahnya.Namun,tetapkan mentaliti yang utuh dalam fikiran kita supaya mengamalkan kesedarhanaaan dalam fesyen.
Bukan niat aq utk mmperkecilkan kebolehan korang suma meng "apply" foundation,bb cream,blushe,eye shadow dan mcm2 lagi lah.
Tapi tujuan aq hanya utk mengingatkan korang yg kita datang ke sekolah bukan utk berfesyen,tapi menimba ilmu pengetahuan.
SAHABAT,aq tahu aq tak tergolong dalam kalangan yg bertuah seperti kamu.
Kadang kala naluri wanitaku memujuk rayu spya aq turut mngikut jejak langkah kamu.
DAN AQ TERTEWAS.
Aq masih tak mmpunyai keimanan yg utuh dlm diri bg menolak bisikan nafsu.
Namun,aq cuba untuk memperbaik kelemahan aq itu

Tapi ingatlah wahai sahabat..

aq tahu aq tidak cantik.. Tapi, walaupun aq tidak cantik, aq tetap ada kelebihan..

Kerana aq tidak cantik,aq tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana aq tidak cantik, aq dapat pelihara diri aq daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana aq tidak cantik, aq selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana aq tidak cantik, aq tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana aq tidak cantik, aq tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana aq tidak cantik, akhirnya aq menemui insan yang ikhlas mencintai aq seadanya.

Sahabat,tidak pernah terlintas niat aq utk cuba menunjuk alim tapi kesedaran yg aq peroleh mmbuatkan aq berasa bertanggungjawab utk berkongsi.

ASSALAMUALAIKUM :)


Tuesday 5 June 2012

GIVEAWAY BUTIK-PINKKU ! HADIAH YANG BOLEH MENGGONCANG NAFSU WANITA ;P


*klik kalu nak join :)

PESANAN DARIPADA PENAJA:
Salam,

Menghitung hari utk menyambut anniversary butikpinkku yang ke -2.
Sangat excited. Bersemperna dengan itu, butikpinkku akan adakan giveaway: i lovebutikpinkku.

Berikut adalah senarai hadia utk para pemenang:

Voucher dan shawl/ tudung dari butikpinkku :)
Of course yang cun dan best ^_^

PESANAN DARIPADA TUKANG KAROOT BLOG:

Assalamualaikum sume,
giveaway ni aq terjumpa sewaktu dok gode2 Aznie Official Blog.
Thanz Aznie,kalu tak sebab ko mesti aq dah terlepaz peluang ni,
Most Important sekali,Giveaway ni hanya berlangsung 4 hari je :"(
So,sape nak join,better cepat2 sikit.
Lagi pun hadiahnyer memang menggoncang nafsu wanita aq.Hehehe

MEMPERSEMBAHKAN !
Jam tangan Ice-Cream yang comel+cun melecun+mahal harganyer(kowt) daripada
SETERUSNYA !
Handbag,slinbag dan purse yg sesuai dgn trend sekarang daripada GuguCloset.
KEMUDIAN !
Purse yang extravaganva cute daripada butterflies melody.

SPONSER-SPONSER YG LAIN

Jubah daripada bifascollection.

LAGI2 SPONSER YANG BAIK HATI
Apperal daripada Koleksi BiriBiri.

FINALLY !!! :)
Makeup2 sets yang berlambak-lambak daripada Makeup@BeautySolek.

Jadi,amacam? Menarik bukan?
If terase nak join,amat2 lah dipersilakan dan jikalau tidak doakan aq menang yer :)