KLIK LA SINI :)

Pages

Sunday 10 June 2012

PENGUMUMAN!

ASSALAMUALAIKUM BLOGGERS SEMUA

DISEBABKAN ESOK SUDAH BERMULANYE SESI PERSEKOLAHAN.

SEGALA AKTIVITI DALAM BLOG INI AKAN DIHENTIKAN SECARA SEMENTARA

BERMULA HARI ISNIN-JUMAAT

BLOG INI AKAN BERFUNGSI SEPENUHNYA HARI SABTU DAN AHAD

JIKA MEMERLUKAN APA-APA BANTUAN(FOLLOW O HAPE2 JE LA)

TULISKAN PERMINTAAN KAT CBOX AQ YER :)

TU PUN KALAU CBOX TU TAK SAWAN.HEHE

P.S:nak join SAYS,KLIK SINI>>>>> ^_^
tapi kalu taknak join,klik je la...buat amal jariah kan tak salah.hehe

Saturday 9 June 2012

KISAH DISEBALIK BAHTERA NABI NUH A.S

POKOK NIKMAT

ASSALAMUALAIKUM..
Kisah Bahtera Nabi Nuh a.s mengajar umat manusia supaya tidak sekali-kali ingkar akan perintah Allah s.w.t.
Malahan Allah s.w.t telah menjanjikan balasan di dunia dan di akhirat bagi sesiapa yang tetap kufur akan perintahnya.

Mesti korang sudah tahu ttg cerita Nabi Nuh a.s ni kan.Tipulah kalu hangpa kata tak.Time kita sume dok jual muka cumel-cumel macam anak orang korea kat tadika dulu,kan cekgu2 kat sana minat bebenor mnceritakan kisah-kisah para nabi.Tak kan tak ingat kut.Time tu salahsatu cerita yang aq minat ialah kisah "BAHTERA NABI NUH A.S" ni lah.

Kalu korang beli n baca akhbar Rona hari ni(ala,sisipan berita mingguan tu la)mesti korang dah dpt agk pe yg dimaksudkan dgn pokok nikmat.Tapi bg yang tak,,,tak pa,tak pa jgn stress sampai nak hantuk kepala kt dinding.Aq akn cuba mngolah balik 1001 kisah di sebalik tajuk pokok nikmat ni a.k.aTERAS BAHTERA NABI NUH.
FAKTA#:Dr henri Coanda pernah membuat kajian bagi merekodkan purata umur yang terpanjang di dunia dan hasilnya:
  1. suku kaum di Peru
  2. Ecuador
  3. Georgia
  4. Mongolia
  5. Lembah Hunza di Bnajaran Karakoram,Pakistan
Dan dalam banyak2 senarai ni Kaum Hunza lah yg terletak di senarai paling atas iaitu purata umur antara 100-140(hampir separuh lebih daripada umo mnusia biasa).Jadi dok selidik punya selidik,barulah saintis dpt mncari sbb yg konkrit.Alasan utamanya ialah Kaum Hunza mndapat sumber air utama dari telaga dan mata air glasier.Akar daripada pokok Pine Cypress n getah mnjalar masuk dan jatuh dalam sumbaer air mereka.Kadangkala tu,ada pula daun ataupun buah-buahan yg jatuh dan menjadi sebati dalam air diorang.Haaaa,jadi korang dah tahu kan bahawa pokok Pine Cypress ni lah penyebab utama umor dyeorang panjang(nikmat allah kan).Yang paling bestnyer,dikatakan getah pokok ni boleh dijadikan ubat dan dapat menyembuhkan semua penyakit.Jadi moh le kite pi tanam ye!
Haaaaa,lupe pulok nak bagitau,pokok ni banyak tumbuh di kawasan banjaran gunung je dan yg beriklim sejuk serta kdaan kawasan yg berpaya dan berbecak.Kalu siapa2 rasa keadaan dan kdudukan rumah korang cam gitu.Amat-amatlah dialukan utk di tanam.(Bile da besor nnti cntct aq,aq na pi ambik ckit..Heee~)

Pokok Pain Cypress ni adlh pokok di mana kayunya digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh a.s."Riwayat menyatakan benih pokok yg diturunkan Allah s.w.t utk digunakan Nabi Nuh a.s bagi membuat bahtera datangnya daripada syurga.Masyallah,tengoklah..bukan calang-calang orang blh dpt nikmat allah ni."Kalau korang ttp tak caya,tak pa..kajian saintifik juga mmbuktikan pokok Pine Cypress mmpunyai persamaan genetik 98% apabila di bandingkan dgn tinggalan bahtera Nabi Nuh a.s
*pokok pain cypress
Kalu kita pikiq secara logik la,time banjir besar tu...Mesti haiwan dgn manusia dok sekali dalam bahtera tu kan.Jadi makan,minum dan buang saham pun mesti lah kat situ juga.Jadi kiranya mesti timbul bau-bau yg tak menyenangkan dan senang dijangkiti kuman dan penyakit.Tapi disebabkan mnggunakan pokok Pain Cypress ni,ia mnyerap segala bauan dan membunuh kuman-kuman bg memastikkan pnghuni di dlm ny dapat hidup dgn harmoni..Kehebatan pokok ni hangpa mmg tak leh nak sangkal lagi.


Tapi yang tak bestnyer,kalu korang nak tahu.Saintis-saintis barat dah lama buat kajian tentang pokok Pain Cypress ni dan hasil kajian tu dyeorg tu tidak didedahkan secara telus.Nampak tak taktik dyeorang.Namun nasib baiklah saintis-saintis islam mampu merungkai teka-teki yg ditinggalkan oleh saintis-saintis Barat ni dan menghasilakan penemuan baru yg khasnya akan membantu penghidap kanser..Aq attachkan sekali sisipan drpada BM(Berita Mingguan)
P/S:Kalu terase nak join SAYS,juz klik>>>>>>>SINI!
BUKTIKAN ANDA BENCI AKAN PENYELUDUPAN TELUR PENYU DENGAN KLIK>>>SINI
BELI FRAME BERJENAMA YG BERKUALITI TINGGI DISINI>>>> HiShopBaroque

Thursday 7 June 2012

TANYA SAHAJALAH ENCIK KUNING

Assalamualaikum blogger sekalian.
Hari ni merupakan hari yang bosan terlajak-lajak bagi aq.
Tambah -tambah membosankan citer-citer kat tb pun tak putus2 berusaha menayangkan citer yang ntah benda-benda bagi aq.
Rasanya kehadiran astro pun tak mmbwa apa-apa kelebihan.
Lebih baik la aq suroh mak aq langgan channel tb1,tb2,dan tb3 je
Jimat pun jimat.
TAPI !
Kebosanan aq berubah secara drastiknyer bila dok melayan benda kuning ni.
Namanyer trpaksa dirahsiakan bg mengelak kontroversi.HEHE
Walaupewpun,tak membazir la segala keperitan aq dok mnghadap internet.
Sebab tanpa disangka terjumpa benda KUNING ni
Diperkenalkan......
ENCIK KUNING...!

Jum layan conversation(Waaaa,speaking london)antara aq dengan Encik KUNING ni :)
















So amacam?
TERhiburkan?
Sekurangnye walaupun brcakap dgn robot,stress kita ni akan beransur-ansur hilang
Eventually,nak bergosip pun boleh taw..
Tapi dosa tanggung sendiri k :p
Tak sia-sia berborak dengan ko yer ENCIK KUNING.
Haaaa,lagistu kalu korang nak taw kenape wane dia kuning.
Sebab Encik Kuning ni suka Bersih 3.0(acah jaa,Encik kuning kan kuat loyar buruk)


P/S:Pasai Fasha Sanda tu den melawok jaa..Hang toksoh trase naa.Kan hang dok bunting skrng ni(dgn tiba-tiba semangat loghat pulau pinag+N9 dtg menjelma)




















Wednesday 6 June 2012

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Assalamualaikum rakan-rakan blogger sekalian.
Sedangku dok sibuk mengode-ngode laman sesawang iLuvislam
Tiba-tiba aq terpana,takjub dan timbul perasaan yg tenag sangat ketika membaca hasil karya
Sungguh spontan dan klise sekali tika membaca kasil penulisan nya.Menyindir melalui sentuhan yg paling halus sekali tanpa disedari.
Masyaallah
Bukan suma insan yg mampu membuat sedemikian.

Yang paling menyentuh jiwa remajaku tika aq mmbaca artikel bertajuk
Sungguh klise tajuknya tapi amat mantap isi kandungan nya.

Artikel ni banyak menerangkan mentaliti wanita sekarang atas nama kecantikkan
Aq tak perlu merewang jauh.
Cukup hanya mengambil contoh sikap remaja2 sekarang.
Majoriti sahabat2 aq ni sudah dan sedang melalui zaman remaja yg sangat mencabarkan.
Pernahkah terdetik dalam hati kita "kenapalah takdek sape minat aq?,aq ni tak cantik kah?badan aq ni takde potongan ke?
"Kenapa **** and the geng bijak memancing perhatian sang teruna"
"Nampak sangatlah aq ni kolot,bodoh,dan jauh kebelakang"
Hahaha
Nampak tak permainan syaitan.
Cuba memancing kita utk turut serta mengamalkan fesyen extreme
Yang menjauhkan diri daripada mendapat rahmat allah,Mendekatkan hati menerima kemurkaan Allah s.w.t
Masyaallah..sungguh bijak syaitan mengaturkan gerak langkannya.
Cuba berhenti sekejap daripada dok memikir hal duniawi.
Pikirkan cara hidup kita wahai si dara..
Waima pun di Malaysia ni kerajaan mewajibkan pelajar2 memakai pakaian uniform yg semestinya menutup aurat.
Tapi sejauh mana aurat kita ditutup.
Dengan cara Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan.
Itu tak kira lagi dengan berapa banyak gelen bedak talkum yg dia dok beria tampal kat muka.
Beg pun mesti ada brand punya walaupun duit dalam purse tinggal KOSONG RINGGIT MALAYSIA.
Haha..
Kadang-kadang tu mau tergelak jugak bila lama aq perhatikan tapi timbul pula perasaan serba salah dlm hati.
SAHABAT,pakai bedak tu tak salah, bergaya juga tidak ada yang salahnya.Namun,tetapkan mentaliti yang utuh dalam fikiran kita supaya mengamalkan kesedarhanaaan dalam fesyen.
Bukan niat aq utk mmperkecilkan kebolehan korang suma meng "apply" foundation,bb cream,blushe,eye shadow dan mcm2 lagi lah.
Tapi tujuan aq hanya utk mengingatkan korang yg kita datang ke sekolah bukan utk berfesyen,tapi menimba ilmu pengetahuan.
SAHABAT,aq tahu aq tak tergolong dalam kalangan yg bertuah seperti kamu.
Kadang kala naluri wanitaku memujuk rayu spya aq turut mngikut jejak langkah kamu.
DAN AQ TERTEWAS.
Aq masih tak mmpunyai keimanan yg utuh dlm diri bg menolak bisikan nafsu.
Namun,aq cuba untuk memperbaik kelemahan aq itu

Tapi ingatlah wahai sahabat..

aq tahu aq tidak cantik.. Tapi, walaupun aq tidak cantik, aq tetap ada kelebihan..

Kerana aq tidak cantik,aq tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana aq tidak cantik, aq dapat pelihara diri aq daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana aq tidak cantik, aq selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana aq tidak cantik, aq tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana aq tidak cantik, aq tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana aq tidak cantik, akhirnya aq menemui insan yang ikhlas mencintai aq seadanya.

Sahabat,tidak pernah terlintas niat aq utk cuba menunjuk alim tapi kesedaran yg aq peroleh mmbuatkan aq berasa bertanggungjawab utk berkongsi.

ASSALAMUALAIKUM :)


Tuesday 5 June 2012

GIVEAWAY BUTIK-PINKKU ! HADIAH YANG BOLEH MENGGONCANG NAFSU WANITA ;P


*klik kalu nak join :)

PESANAN DARIPADA PENAJA:
Salam,

Menghitung hari utk menyambut anniversary butikpinkku yang ke -2.
Sangat excited. Bersemperna dengan itu, butikpinkku akan adakan giveaway: i lovebutikpinkku.

Berikut adalah senarai hadia utk para pemenang:

Voucher dan shawl/ tudung dari butikpinkku :)
Of course yang cun dan best ^_^

PESANAN DARIPADA TUKANG KAROOT BLOG:

Assalamualaikum sume,
giveaway ni aq terjumpa sewaktu dok gode2 Aznie Official Blog.
Thanz Aznie,kalu tak sebab ko mesti aq dah terlepaz peluang ni,
Most Important sekali,Giveaway ni hanya berlangsung 4 hari je :"(
So,sape nak join,better cepat2 sikit.
Lagi pun hadiahnyer memang menggoncang nafsu wanita aq.Hehehe

MEMPERSEMBAHKAN !
Jam tangan Ice-Cream yang comel+cun melecun+mahal harganyer(kowt) daripada
SETERUSNYA !
Handbag,slinbag dan purse yg sesuai dgn trend sekarang daripada GuguCloset.
KEMUDIAN !
Purse yang extravaganva cute daripada butterflies melody.

SPONSER-SPONSER YG LAIN

Jubah daripada bifascollection.

LAGI2 SPONSER YANG BAIK HATI
Apperal daripada Koleksi BiriBiri.

FINALLY !!! :)
Makeup2 sets yang berlambak-lambak daripada Makeup@BeautySolek.

Jadi,amacam? Menarik bukan?
If terase nak join,amat2 lah dipersilakan dan jikalau tidak doakan aq menang yer :)

Sunday 3 June 2012

R.A.U.B

SEBELUM BACA DIWAJIBKAN KLIK SINI DAHULU
Assalamualaikum blogger-blogger sekalian.Lepas lebih kurang 2,3 hari tak menjenguk laman blogger ni dah mula rasa rindu dok bersarang dalam hati.Tambah-tambah lagi,habok pun dah mule bertapak dan mencipta wilayah masing-masing dalam kabinet dashboard ni. :)
Jadi disebabkan kekangan masa even aq still lagi pelajar sekolah menengah,akhirnya aq dapat juga cari masa yang sesuai untuk mengupdate blog ni.WAKTU TENGAHMALAM YANG PALING SESUAI! kan :)
Tujuan yang utama,mantap,jitu dan utuh utk aq mengupdate blog ni ialah bgi meng"share"kan sedikit sebanyak gambar2 yang aq ambil ketika mengabehkan masa petang kat Taman Bandar Raub.Haaa,alang2 tu aq nak la juga promisi Raub.If korang ni rajin bukak paper,mesti korang selalu nampak gambar Datuk Ng Yen Yen dok beria mempromosikan Tahun melawat Raub kan.Meh sini aq bagitau satu rahsia..JUST U AND ME.Even Raub tak sebesar Kuantan,tak semoden Selangor dan tak seramai Kuala Lumpur TAPI Raub menjanjikan permandangan dan tangkapan gambo yang santeq2 belaka even korang dok beria berposing sebelah longkang besar yer :) .Kalu korang nak p mam strawberry,bole je senang-senang naik Cameron Highland,takpun pusing2 kat puncak Bukit Fraser.

If tak puas lagi tambah2 teringin nak terjun lubok sungai.Korang boleh senang-senang je pilih nak pi late jarum ke,late lembik ew tak pun ke pulau chekas.Up to u.Senang kata macam-macam ada kat Raub.Haaaaa,1more thing yang "agak special",Teruna-teruna kat Raub ni pun ganteng-ganteng la jugak".Kan Raub ni dulu sangat dikenali sebagai lubok emas even sekarang masih ada lagi deposit2 emas kat Raub. hehe ;p

So,I left U some eye-feasting pictures.Hope look attractive.Kebanyakkan sume gambo2 ni diambil oleh aq diTaman Bandar

Sebelum terlupa,model tak berbayar bagi sesi photograph kali ni adalah STAR UTAMA KITA!!!(si budak kecil bernama Irfan) wit his mummy and daddy..GAMBAR NI SUMANYA DIAMBIL OLEH NIKON D5100 WITH 18-55mm LEN :)
HEHEHE,kesimpulannyer bagi aq,aq agak berpuas hati dengan gambo2 yang diambil ni.Tapi ak tau la kalu korang tak.Another fact yang aq nak kongsi,memang sebetulnyer gambar2 yang aq ambil ni ialah untuk menunjukkan keindahan pemandangan di Raub even kadang2 aq sendiri pun tak sangka SEINDAH sebergini.
So,u guys have a look.Kalu nak komen,amat-amatlah dialukan

P/S:kalu dok ralik sangat buat benda kita suka.Masa akan bergerak dengan sangat pantas.Masa memang sangat mencemburui kita kan ...wink*wink*

Wednesday 30 May 2012

1/2 HARI di WAD ICU. PENYAKIT SERIBU WAJAH

I.C.U ? Nama pun dah tak sedap.Bila sebut je pasal I.C.U mesti dalam kepala dok terbayang keadaan2 victim kemalangan ke,tak pun keadaan2 pesakit yang bole membuatkan kite seriyau bila dipikir balik.Jadi,nak di jadikan cerita,Aq n family pi la ke Hospital Serdang semalam.Melawat adik sedara yang dah koma 4hari.(*Correction,bukan koma tapi ditidurkan doktar selama 4 or maybe 3 1/2hari bagi mengelakkan penyakit dia sampai ke otak.)Dengan je perkataan koma,mesti korang dah dapat bayangkan betapa seriyus nyer penyakit adik sedara aq tu.My little cousin suffer S.L.E that stand for Systemic Lupus Erythematosus (SLE) .Setakat ni,saintis still tak boleh bagi kata putus penyebab penyakit SLE ni.Jadi korang stop pikir nonsense yang beranggapan penyakit SLE boleh merebak melalui sentuhan or genetik.THIS IS AN UNKNOWN DISEASE. Keadaan my little cousin(mmg little,baru ting. 2 with small body) yang dapat aq perhatikan ialah dia memang dah lama suffer sejenis penyakit yang di panggil DLE (Discoid Lupus Erythematous (DLE) ).Penyakit ni hanya melibatkan kulit dan jarang melibatkan organ dalaman.My cousin ni banyak parut di badan.Aq dan kazen2 lain suka sangat mengejek parut dia.Kiteorang suka panggil coin2(duit syiling la kirenye),Huh~ kalu kteorang taw la tu permulaan kpd penyakit dia sekarang ni mungkin time tu kiteorang dah awal2 lagi anto dia ke hospital.Tapi nak buat macam mana kan,dah takdir :"(. Then,sedikit penerangan tentang SLE dimana kalu korang nak tahu sejarah perkataan SLE ni berasal daripada perkataan LUPUS".Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE)". Perbezaan SLE dan DLE ialah penyakit SLE boleh merebak ke organ lain dan yang paling menggusarkan kerana boleh menyebabkan kematian.That why,cousin aq terpaksa ditidurkan selama beberapa hari bagi mengelakkan penyakit tersebut sampai ke otak.

Another facts yang penting
mengenai SLE ialah
  • Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem ketahanan badan menjadi celaru.Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.“Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).
  • Kemunculan ruam yang dinamakan malar rash atau butterfly rash yang berbentuk kupu-kupu di muka atau bahagian-bahagian tubuh yang lain termasuk di leher, telinga dan kepala.
  • Kebanyakan penghidap SLE berada dalam lingkungan umur di antara 15 tahun hingga 50 tahun. Penyakit ini bagaimanapun boleh menyerang tatkala pesakit mencapai usia akil baligh. Lebih kurang 90 peratusia penghidap SLE ialah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan hormon estrogen

Petanda first yg cousin aq dapat ialah sakit sendi.Ialah lah kan,kalu hok2 biase mesti kita ingatkan sakit sendi biasa je.Jadi umi nye sapu la minyak,urut2 sikit.Tapi malangnya keadaan still sama,jadi parentnye anto le gi berurut.Kdaan dy still n bertambah teruk sampai la satu hari badan dia cramp.Parentnye troz antar pi hospital dan ingatkan penyakit biasa tapi bila check lagi sekali baru la tau yang cousin aq nie penghidap SLE.UNFORTUNELY kan :"(

So,time aq and family pi k.l . Kiteorang pun g la melawat adik beradik si sakit tu.Try hepi2 kan dyeorang suma supaya dpt relax2 sekejap.Few picture yg aq sempat ambil

*and the star for this week! :) santeq ta?santeq ta?


Kat sini pun aq try serta kan serba sedikit precaution untuk pesakit2 SLE.Semoga ni bole dijadikan panduan

Gaya Hidup
* Dinasihatkan menggunakan krim pelindung cahaya matahari (mengandungi SPF sekurang-kurangnya 45)
* Gunakan payung, topi atau pakai baju lengan panjang untuk mengelakkan terkena
cahaya matahari yang berlebihan.

Ubat
* Sila ikut arahan doktor
* Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor
* Jangan campur ubat anda dengan ubat yang tidak diketahui asal-usulnya
Ini adalah untuk mengelakkan interaksi yang tidak diingini antara ubat.

Rawatan susulan
* Berjumpa doktor sebagai mana yang telah ditetapkan.

* Patuhi arahan doktor.

Tekanan
* Cuba elakkan tekanan kerana ia akan mengakibatkan penyakit menjadi aktif.
* Sentiasa berfikiran positif.

Diet
* Kenalpasti makanan yang sesuai dengan sistem individu anda

* Amalkan diet yang seimbang dan sihat
* Pastikan diet anda rendah garam, rendah lemak, rendah gula dan mengandungi kalsium dan Vitamin D yang mencukupi.

For more information Korang boleh klik pada PSLEM WEBSITE.HARAP MEMBANTU :) dan jangan keberatan untuk mendoakan pesakit2 SLE nie dapat menemui penawarnye




Monday 28 May 2012

HOT ! HOT ! HOT !


Hahaha...Gotcha!
0o,nak tengok benda ta senonoh la nie! sepak laju2 karang !
Cut in short la,about that tittle,that "hot,hot,hot" things refer about petang yg panas la.
Jadi,di sebabkan terlalu panas.
Badan nek lesu.Nak kuar pun ta dek mood(even seldom sanad kuarny)
Aq pun M.E.N.J.A.H.I.T
Haaa,stop laugh like stupid hyena ea..
Korang jgn pandang aq sebelah mata je taw waima pun dah SEPET
Aq ni siap de diploma dalam bidang jahit-mnjahit ni lagi.ecehcehceh :p
TAK CAYA?!
Okey,fine..Take a look at my work even ta bpe na star yer..HEHE

NI baju sebelum makeover

*yg merah2 tu means kdaan bju yg da lunyai sangat dah.Even aq ta penah pakai.Sejarah baju nie cuma pernah kena basoh 2x.Kua2 je mesin basuh je dah tak dek rupa macam baju aq.

*tengok je la kedudukan butangnyer..meme tak strategik..cmne lar aq bole bli yer +_+


LAGI2 gambo yg tak brape sedap mata memandang ^_^

About 4 jam proses penambahbaikan !Akhirnya tercipta la baju yg lebih berjiwa sikit kalu nak dibandingkan dengan baju tadi :)
Haaa,sebelum tu,dalam proses ni..Koran amat2 memerlukan mesin jahit...
ke teringin nak jahit tangan..
Kalu g2,hambek kaw..Sampai ton depan pon tak kan finish2 nyer lah
*ni mesin jahit tujuh keturunan aq :)

Hasilnya!


TADAA~! Amacam?
jemput2 la bagi komen yer
TANDA sokongan