KLIK LA SINI :)

Pages

Wednesday 6 June 2012

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Assalamualaikum rakan-rakan blogger sekalian.
Sedangku dok sibuk mengode-ngode laman sesawang iLuvislam
Tiba-tiba aq terpana,takjub dan timbul perasaan yg tenag sangat ketika membaca hasil karya
Sungguh spontan dan klise sekali tika membaca kasil penulisan nya.Menyindir melalui sentuhan yg paling halus sekali tanpa disedari.
Masyaallah
Bukan suma insan yg mampu membuat sedemikian.

Yang paling menyentuh jiwa remajaku tika aq mmbaca artikel bertajuk
Sungguh klise tajuknya tapi amat mantap isi kandungan nya.

Artikel ni banyak menerangkan mentaliti wanita sekarang atas nama kecantikkan
Aq tak perlu merewang jauh.
Cukup hanya mengambil contoh sikap remaja2 sekarang.
Majoriti sahabat2 aq ni sudah dan sedang melalui zaman remaja yg sangat mencabarkan.
Pernahkah terdetik dalam hati kita "kenapalah takdek sape minat aq?,aq ni tak cantik kah?badan aq ni takde potongan ke?
"Kenapa **** and the geng bijak memancing perhatian sang teruna"
"Nampak sangatlah aq ni kolot,bodoh,dan jauh kebelakang"
Hahaha
Nampak tak permainan syaitan.
Cuba memancing kita utk turut serta mengamalkan fesyen extreme
Yang menjauhkan diri daripada mendapat rahmat allah,Mendekatkan hati menerima kemurkaan Allah s.w.t
Masyaallah..sungguh bijak syaitan mengaturkan gerak langkannya.
Cuba berhenti sekejap daripada dok memikir hal duniawi.
Pikirkan cara hidup kita wahai si dara..
Waima pun di Malaysia ni kerajaan mewajibkan pelajar2 memakai pakaian uniform yg semestinya menutup aurat.
Tapi sejauh mana aurat kita ditutup.
Dengan cara Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan.
Itu tak kira lagi dengan berapa banyak gelen bedak talkum yg dia dok beria tampal kat muka.
Beg pun mesti ada brand punya walaupun duit dalam purse tinggal KOSONG RINGGIT MALAYSIA.
Haha..
Kadang-kadang tu mau tergelak jugak bila lama aq perhatikan tapi timbul pula perasaan serba salah dlm hati.
SAHABAT,pakai bedak tu tak salah, bergaya juga tidak ada yang salahnya.Namun,tetapkan mentaliti yang utuh dalam fikiran kita supaya mengamalkan kesedarhanaaan dalam fesyen.
Bukan niat aq utk mmperkecilkan kebolehan korang suma meng "apply" foundation,bb cream,blushe,eye shadow dan mcm2 lagi lah.
Tapi tujuan aq hanya utk mengingatkan korang yg kita datang ke sekolah bukan utk berfesyen,tapi menimba ilmu pengetahuan.
SAHABAT,aq tahu aq tak tergolong dalam kalangan yg bertuah seperti kamu.
Kadang kala naluri wanitaku memujuk rayu spya aq turut mngikut jejak langkah kamu.
DAN AQ TERTEWAS.
Aq masih tak mmpunyai keimanan yg utuh dlm diri bg menolak bisikan nafsu.
Namun,aq cuba untuk memperbaik kelemahan aq itu

Tapi ingatlah wahai sahabat..

aq tahu aq tidak cantik.. Tapi, walaupun aq tidak cantik, aq tetap ada kelebihan..

Kerana aq tidak cantik,aq tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana aq tidak cantik, aq dapat pelihara diri aq daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana aq tidak cantik, aq selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana aq tidak cantik, aq tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana aq tidak cantik, aq tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana aq tidak cantik, akhirnya aq menemui insan yang ikhlas mencintai aq seadanya.

Sahabat,tidak pernah terlintas niat aq utk cuba menunjuk alim tapi kesedaran yg aq peroleh mmbuatkan aq berasa bertanggungjawab utk berkongsi.

ASSALAMUALAIKUM :)


7 comments:

  1. asalkan kita solehah kita semua adalah chanteq! kitakan perhiasan dunia nehhh. moh sama2 mencatikkan akhlak juge! :D

    ReplyDelete
  2. wah muhasabah diri sekejap bila baca ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah,muhasabah diri tanda diri kita tidak ego utk meneliti kelemahan diri :)

      Delete
  3. touching.. sy nak pinjam share kat fb bole? :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. ni kan dikira sebagai cara utk berkongsi ilmu pengetahuan :)

      Delete
  4. wahx2..x sngka teman kite nie..pandai die b'bicara ..haha,just kidding..!!! btw..thanzz..coz ingat an..~,~

    #c-lah..6mpak gaye nye leh buat tema tuk prhimpunn mingguan...haha

    ReplyDelete

‖►► orang tue2 kate,kalu banyak komen dapat laki kaya ◄◄‖